Tidak ada pertemuan di Ipoh

Hasrat pegawai Perak bertemu Azizul Kamaluddin terbantut lagi apabila bekas penyerang Pahang itu tidak muncul untuk bertemu dengan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Jamal Nasir Rasdi di Ipoh, semalam.

Jurucakap PAFA berkata, Azizul memberi alasan untuk menyelesaikan masalah membabitkan keluarganya terlebih dulu sebelum berbincang dengan PAFA.

"Azizul memaklumkan perkara itu melalui Azrul Amri Burhan untuk disampaikan kepada pengurusan PAFA hari ini (semalam). Bagaimanapun tiada tarikh baru ditetapkan untuk pertemuan selanjutnya,Ó ujar jurucakap itu.

Azizul yang sepatutnya bertemu Jamal Nasir Rasdi semalam dikatakan berada dalam dilema selepas Tengku Abdullah mengeluarkan kenyataan.