MERAIKAN KEJAYAAN... Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah bersama para pegawai serta pemain meraikan kejayaan pasukan Perak merangkul Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0. Turut sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

 
 

 

IPOH, 16 Okt (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Tajol Rosli Ghazali mengisytiharkan Isnin (16 Okt) sebagai cuti umum di Perak berikutan kemenangan pasukan bola sepak negeri itu mengalahkan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam,Selangor, malam tadi.

Perkara itu diumumkan oleh jurucara majlis di Stadium Shah Alam sejurus selepas upacara penyampaian piala kemenangan kepada pasukan Perak. Naib presiden Persatuan Bolasepak Perak Jamal Nasir Rasdi yang juga pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu