Perak VS Trengganu

Akhir Piala Malaysia 1998

Stadium Bukit jalil

Apa yang anda dapat saksikan disini adalah gambar yang dipetik dari rakaman perlawanan akhir Piala Malaysia 1998 antara Perak dan Terengganu. Dengan kemudahan IT hari ini saya tidak lagi perlu untuk bersusah payah meneroka kesetiap pelusuk alam untuk mendapatkan gambar terbaru pemain atau segala yang berkaitan dengan Web ini. Malahan angel gambar yang lebih menarik dapat dihasilkan.

   Namun bukanlah tujuan saya mengambil jalan ringkas tanpa mengeluarkan titik peluh dengan hanya menyalin hasil kerja orang lain. Memandangkan laman Web ini adalah diatas pembiayaan saya sendiri tanpa mendapat sebarang bantuan kewangan dari mana mana pihak perkara sebegini sukar dielakkan.

 

 

Diharap Pihak terbabit seperti RTM, SEN Network, TV3, NTV7, Berita Harian, Utusan Malaysia, Bernama dan lain-lain pihak Media massa dapat meberi kebenaran akan perkara ini, namun saya akan cuba meletakan nama syarikat atau logo dimana sesuatu berita atau gambar itu diambil sebagai makluman pembaca.

   Segala yang dilakukankan ini bukanlah bertujuan mencari keuntungan, saya hanyalah sebagai salah seorang yang inginkan Bola Sepak Malaysia menuju kearah yang lebih cemerlang dimasa kan datang.

Sekian dari Webmaster

Mohamad Hishamuddin Bin Kasim...

Batu 161/2, Kedai 2, 33700 Padang Rengas, Perak D.R.